
TENTANG KAMI

Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC) ditubuhkan secara rasmi pada 2 Januari 2015 oleh pengurusan tertinggi Universiti Sains Malaysia (USM) seperti yang ditakrifkan oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan Perlembagaan Universiti Sains Malaysia (Seksyen 4 dan Seksyen 29). Pusat ini ditubuhkan sebagai usaha untuk menawarkan khidmat nasihat dan kepakaran dalam pelaporan fungsi rasmi (protokol dan etika sosial), media dan perhubungan awam, menjadi sumber rasmi untuk berita terkini mengenai USM serta menawarkan nasihat profesional mengenai perkara yang berkaitan.
-
VISI
MPRCMenjadi peneraju komunikasi strategik Universiti yang cemerlang dalam memperkukuh keterlihatan, reputasi serta imej dan jenama institusi di peringkat nasional dan antarabangsa.
-
MISI
MPRCMerancang dan melaksanakan aktiviti bagi meningkatkan keterlihatan, reputasi dan penjenamaan Universiti, serta menyampaikan maklumat dan berita yang tepat, berkesan dan berterusan bagi menyokong pencapaian objektif strategik Universiti.
OBJEKTIF

Strategi Penjenamaan
dan Keterlihatan Universiti
Merancang dan menyusun strategi untuk pelaksanaan program-program penjenamaan Universiti melalui media massa, media elektronik dan media sosial secara berterusan bagi meningkatkan keterlihatan (visibility) Universiti melalui pelbagai saluran media termasuk bercetak, media elektronik dan media sosial secara berterusan.

Jaringan
dan Kerjasama Strategik Media
Merancang dan menyusun strategi untuk membangunkan perhubungan dan kerjasama strategik dengan pengamal media tempatan dan antarabangsa.

Pengurusan Acara
dan Majlis Rasmi Universiti
Merancang dan menyusun strategi pelaksanaan program-program penjenamaan Universiti yang berteraskan kepada kecekapan pengendalian majlis-majlis rasmi universiti dan menjadi pengurus acara untuk aktiviti-aktiviti rasmi Universiti.

Pengurusan Krisis
dan Reputasi Universiti
Merancang dan menyusun strategi utama dalam menghadapi krisis dan aduan-aduan rasmi terhadap Universiti sama ada yang dipaparkan melalui media tempatan atau media antarabangsa serta melalui saluran-saluran rasmi lain.

Pembangunan
Kandungan Kreatif Universiti
Membangunkan kandungan-kandungan kreatif secara bertulis, visual, grafik dan sebagainya untuk program-program rasmi Universiti, pemasaran dan sebagainya.

Grafik Penerbitan
dan Visual Universiti
Menyelaras hal ehwal penerbitan bahan-bahan reka bentuk grafik dan bervisual untuk kegunaan rasmi Universiti.

Konsultansi
Pengurusan Acara Rasmi Universiti
Menyediakan konsultansi untuk membantu dalam pengendalian acara-acara rasmi Universiti kepada setiap PTJ dalam USM.













