Unit Kreatif MPRC berperanan sebagai pusat penghasilan bahan visual dan grafik yang menyokong usaha komunikasi serta penjenamaan Universiti. Unit ini bertanggungjawab menghasilkan pelbagai bahan reka bentuk kreatif bagi menyampaikan maklumat secara jelas, menarik dan berkesan kepada warga Universiti serta masyarakat umum.
Melalui gabungan kreativiti, kemahiran teknikal dan pemahaman terhadap identiti korporat Universiti, Unit Kreatif menghasilkan pelbagai bahan grafik merangkumi penjenamaan program, bahan penerbitan, infografik, bahan promosi, grafik digital serta reka letak kandungan berita dan editorial. Setiap hasil kerja direka dengan menitikberatkan aspek kualiti visual, konsistensi identiti dan keberkesanan penyampaian mesej.
Portfolio yang dipaparkan menggambarkan kepelbagaian hasil kerja kreatif yang dihasilkan bagi menyokong pelbagai inisiatif, program dan aktiviti universiti.
Ketua Unit


















