Unit ini bertanggungjawab menyampaikan maklumat terkini Universiti melalui pelbagai platform digital, termasuk portal berita, media sosial dan aplikasi rasmi. Ia berperanan memperkukuh keterlihatan serta kehadiran digital Universiti, di samping memastikan akses maklumat yang cepat, tepat dan menyeluruh kepada pelbagai lapisan pemegang taruh.
Antara fungsi teras unit ini merangkumi perancangan dan penyebaran kandungan digital secara strategik, pengurusan platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Telegram dan TikTok secara profesional, serta pembangunan bahan komunikasi yang kreatif, konsisten dan selaras dengan identiti korporat Universiti.