Skip to main content
2
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN KHIDMAT PELANGGAN

Unit ini berperanan strategik dalam membangunkan serta memelihara imej dan reputasi positif Universiti, di samping menjalin, memperkukuh dan mengekalkan hubungan yang kukuh dengan pelbagai pihak berkepentingan.

Selain itu, unit ini bertanggungjawab mengurus pertanyaan, aduan dan maklum balas daripada pelajar, staf serta pihak luar secara profesional dan responsif, bagi memastikan tahap kepuasan yang tinggi serta penyelesaian isu yang cekap dan berkesan.

Antara fungsi teras unit ini termasuk merangka dan melaksanakan strategi perhubungan awam yang komprehensif, menyediakan kandungan komunikasi seperti artikel, laporan dan bahan penerbitan, serta memantau sentimen awam khususnya di platform media sosial bagi membolehkan tindakan yang proaktif, tepat dan berimpak diambil.

Berikut adalah beberapa fungsi utama Unit Perhubungan Awam dan Khidmat Pelanggan:

01

Imej dan Reputasi: Merancang dan melaksanakan strategi perhubungan awam yang selaras dengan matlamat Universiti untuk mencapai kumpulan sasaran dan meningkatkan keterlihatan (visibility).


02

Penyusunan Strategi PR: Merancang dan melaksanakan strategi perhubungan awam yang selaras dengan matlamat Universiti untuk mencapai kumpulan sasaran dan meningkatkan keterlihatan (visibility).


03

Penyediaan Kandungan: Menulis dan menyunting kandungan komunikasi seperti artikel, laporan dan risalah untuk memastikan mesej yang konsisten dan berkesan disampaikan.


04

Pertanyaan dan Aduan: Bertanggungjawab untuk menjawab pertanyaan pelajar, kakitangan dan pihak berkepentingan mengenai perkhidmatan dan prosedur Universiti serta menyelesaikan sebarang aduan atau masalah yang timbul.


05

Penyaluran Informasi: Menyediakan maklumat yang jelas dan tepat mengenai perkhidmatan dan polisi kepada warga Universiti.


06

Maklum Balas: Mengumpul dan menganalisis maklum balas untuk menilai kepuasan dan mengenal pasti aspek yang memerlukan penambahbaikan.


07

Sentimen Awam: Memantau dan menganalisis sentimen awam terhadap Universiti di media sosial dan platform lain untuk memahami persepsi dan mengambil tindakan proaktif.

UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN KHIDMAT PELANGGAN
BERTANGGUNGJAWAB MENYELARAS DUA SALURAN
MAKLUM BALAS PELANGGAN

01

SISTEM PENGURUSAN ADUAN AWAM (SISPAA) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

02

SISTEM MAKLUM BALAS PELANGGAN USM (SMBP)

SMBP USM adalah saluran komunikasi rasmi yang disediakan oleh pihak Universiti untuk berinteraksi dengan pelajar, kakitangan dan pihak berkepentingan. Sistem ini berfungsi untuk mengumpul, mengurus dan menangani aduan serta maklum balas dengan tujuan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan Universiti.

SMBP USM telah diwujudkan untuk membantu pelanggan membuat aduan atau memberikan maklum balas terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh PTJ di USM. Sistem ini bertujuan untuk memastikan aduan dan maklum balas diterima dan diurus dengan cekap dan berakauntabiliti, serta untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh PTJ.

Unit Perhubungan Awam
04-653 6491 / 6492 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.