Skip to main content

Visual Data

Visual Data dihasilkan bagi mempersembahkan data dan maklumat universiti secara kreatif, tepat dan berimpak tinggi untuk tujuan pelaporan, penjenamaan, promosi serta komunikasi strategik. Penghasilan visual data, termasuk data penarafan universiti dan pencapaian institusi, membantu meningkatkan kefahaman audiens, memperkukuh imej universiti serta mengangkat reputasi universiti di peringkat nasional dan global.

Visual Data berfungsi untuk menterjemahkan maklumat, statistik, pencapaian dan data strategik universiti ke dalam bentuk visual yang jelas, ringkas dan mudah difahami. Ia merangkumi penghasilan visual berkaitan penarafan universiti, prestasi institusi, pencapaian akademik, penyelidikan, kemasukan pelajar, kebolehpasaran graduan serta data-data lain yang berkaitan bagi menyokong penyampaian maklumat secara berkesan.