Skip to main content

Komunikasi Digital

Komunikasi Digital dalam platform media sosial Universiti Sains Malaysia (USM) berfungsi sebagai medium strategik untuk menyampaikan maklumat, mempromosikan pencapaian Universiti serta memperkukuh hubungan antara USM dengan warga kampus, alumni, industri dan masyarakat global. Melalui pengurusan kandungan yang terancang, media sosial USM menjadi saluran utama dalam menyebarluaskan berita, aktiviti, penyelidikan, inovasi dan inisiatif universiti secara pantas, tepat dan berimpak.

Tujuan utama komunikasi digital ini adalah untuk memperkukuh penjenamaan USM di peringkat nasional dan antarabangsa, meningkatkan keterlibatan (engagement) dengan pelbagai pihak berkepentingan, serta membina imej universiti yang progresif, berdaya saing dan relevan dengan perkembangan semasa. Di samping itu, platform media sosial turut berperanan sebagai ruang interaksi dua hala yang menyokong penyampaian maklumat secara efektif serta memperluaskan pengaruh dan keterlihatan USM di peringkat global.

Unit Kreatif berperanan sebagai pemacu komunikasi visual yang menterjemahkan mesej strategik universiti kepada kandungan digital yang kreatif, konsisten dan berimpak. Melalui penghasilan visual berkualiti tinggi, pereka menyokong usaha memperkukuh penjenamaan USM, meningkatkan keterlibatan warga dan pihak berkepentingan, serta memperluaskan keterlihatan universiti di peringkat nasional dan antarabangsa.

Like, Follow & Share