Penerbitan Digital
Newsletter USM berfungsi sebagai medium komunikasi digital yang menghimpunkan kandungan berita dan perkembangan terkini universiti untuk disampaikan secara berkala melalui e-mel kepada warga universiti serta pihak berkepentingan. Inisiatif ini membolehkan maklumat berkaitan pencapaian, aktiviti, penyelidikan dan sumbangan USM disebarluaskan dengan lebih sistematik, pantas dan mudah diakses.
Tujuan Newsletter adalah untuk meningkatkan capaian dan keterlihatan berita universiti, memastikan komuniti USM sentiasa mendapat maklumat terkini, serta memperkukuh penjenamaan dan reputasi USM di peringkat nasional dan global. Di samping itu, Newsletter turut berperanan memperluas impak kandungan berita yang diterbitkan melalui pelbagai platform komunikasi universiti.
Unit Kreatif akan menyediakan reka letak dan susun atur bersesuaian dengan kandungan semasa.










