Skip to main content

Visual Hebahan Luar

Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC) bertanggungjawab menyelaras penyediaan serta pengemaskinian kandungan pada papan iklan di dalam kawasan kampus.

Mesej yang dipaparkan merangkumi hebahan pencapaian Universiti, program utama, kempen strategik, acara rasmi serta maklumat semasa yang berkaitan dengan kepentingan Universiti. Setiap kandungan disusun secara ringkas, jelas dan berimpak agar mudah dilihat serta difahami oleh khalayak.

MPRC turut memastikan setiap mesej dan reka bentuk yang dipaparkan selaras dengan identiti korporat, imej serta hala tuju komunikasi strategik USM. Pengemaskinian dilaksanakan dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan, kesesuaian tempoh paparan dan keutamaan semasa Universiti.