Jelajah Pemerkasaan Keterlihatan dan Identiti Visual USM
Bagi membudayakan amalan terbaik dalam penjenamaan universiti, MPRC turut menganjurkan Program Jelajah Pemerkasaan Keterlihatan dan Identiti Visual USM yang membawa tema "Satu Logo, Satu Identiti". Program ini menyediakan sesi perkongsian, konsultasi Brand Clinic serta bimbingan kepada warga universiti mengenai penggunaan identiti visual, reka bentuk komunikasi dan penyampaian mesej yang selaras dengan piawaian penjenamaan USM. Inisiatif ini memperkukuh kefahaman bahawa setiap bahan yang membawa nama USM merupakan representasi jenama universiti dan perlu menampilkan nilai profesionalisme, kredibiliti serta kecemerlangan institusi.
MPRC akan terus memainkan peranan sebagai rakan strategik kepada seluruh PTJ dalam memperkukuh keterlihatan universiti melalui komunikasi yang berkualiti, identiti visual yang konsisten serta penjenamaan yang mampu meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap kepakaran, pencapaian dan sumbangan USM kepada negara dan dunia.
-
USM Lengkapkan Jelajah Empat Lokasi, Brand Clinic Perkukuh Penjenamaan Korporat
-
Satu Logo, Satu Identiti: MPRC Pacu Keseragaman Jenama USM Melalui Siri Ketiga Jelajah Identiti Visual di Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin
-
MPRC Pacu Kesepaduan Identiti Visual USM Melalui Jelajah "Satu Logo, Satu Identiti" di Kampus Kesihatan
-
MPRC Perhebat Usaha Penyelarasan Identiti Visual Universiti







