Memperkukuh Identiti, Memacu Reputasi Universiti
Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC) merupakan peneraju utama dalam memperkukuh penjenamaan korporat Universiti Sains Malaysia (USM) melalui penyelarasan identiti visual, komunikasi strategik dan pengurusan jenama universiti secara menyeluruh. Selaras dengan aspirasi USM sebagai universiti bertaraf global, MPRC memastikan setiap bahan komunikasi, penerbitan, promosi dan platform rasmi universiti memaparkan identiti yang profesional, konsisten dan berimpak.
Pendekatan penjenamaan yang dilaksanakan bukan sekadar memfokuskan kepada penggunaan logo rasmi, malah merangkumi pembinaan persepsi, peningkatan keterlihatan (visibility) serta pengukuhan reputasi institusi dalam kalangan pelbagai pihak berkepentingan di peringkat nasional dan antarabangsa.
Melalui pembangunan dasar, garis panduan dan standard identiti visual universiti, MPRC berperanan memastikan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) mengaplikasikan elemen penjenamaan secara seragam. Usaha ini membantu membina satu identiti korporat yang jelas, diyakini dan mudah dikenali, sekali gus memperkukuh imej USM sebagai institusi pendidikan tinggi yang unggul.







